hari ini seketika tadi pada awalnya aku di waktu
petang sepatutnya outdoor di taman bukit jalil..
duhai kawan2 janji harus di tepati kelak memakan diri..
nak di katakan kawan aku janji pukul 4ptg tapi adoi, dorang boleh datang dekat pukul 5..trafik jam dan hujan bagai melarang kami berbuat demikian..lalu aku pun memikirkan solutions untuk puzzle yang menaikkan darah tinggi untuk setiap insan. tapi bak kata farid zenon :
'hidup ni kena la cool walau kadang2 benda tu tak cool kena la buat2 cool coz itu sentimental value yang acap kalinyer kebarangkalian menjadi titik2 perangsang supaya menjadi influence semua..'
jadi aku mempoyokan diri disebabkan kelihatan sang awan berkaca hitam di langitlantas aku call si farid tanya lokasi berdekatan untuk sessi fotografi.teringat pula aku last time aku dan FZ dan awex nye pernah shoot di taman tasik bukit jalil,
si FZ pun jawap 'alo dato,hang kat mana? awat hang kalut tepon, aku dah nak baliq kg nie. hang call gf aku lar tanya jalan,aku tak ingat ni.'
Dengan pantas jari jemari kasaq main bass nie menekan keypad mencari no gf FZ. selepas di beri info jalan plan ke laokasi aku yang menaiki kereta si pengantin menekan clucth keret merka ke destinasi..
'adoi..ini clutch ke break nie?'
aku berkata sebab ingatkan kereta auto disebabkan clucth yang terlalu keras nak mampus.
So dorang pun explain la kete tu jarang sgt digunakan tetapi yang peliknyer klucth kereta macam mana boleh keras nak mampus.lalu dengan macam kereta kudanya aku memandu.sampai sajer dilokasi kami lalu distadium bkt jalil kelihatan stage dan speaker disusun.baru aku teringat yang konsert Rock The Wolrd dorang buat weekends nie.jadi kami sampai ke destinasi boleh dikatakan sudah pukul 6ptg,lalu mencari bilik persalinan untuk para pengantin bersalin iaitu tandas berdekatan..
secara tiba2 hampiri tandas keterdengaran suara berkata ' adus mas,tolet dah tutup.cari tempat lain la jika mau buang air.'
aku didalam ati berkata 'kurang ajar btul la akak indon nie time2 mcm ni plak nak balik.'
so akak indon tu pun cadang kan kami agar guna surau untuk persalinan mereka.sempat lagi tu sound.
'mas jangan buang air atau buat kotor di dlam kamar surau itu.'
lalu aku pun menjawap dgn tenang dan angkuh
"kak, kami islam lagi..takkan lar kami nak buat macam tu plak dalam surau. kami ader agama lagi, tapi tak tau lar orang macam akak nie?'
hati ku berkata , kenapa la ader lagi manusia yang ingat manusia lain tidak beradap dan etika di kawasan surau pulak tu..ajaib..'
jadi kami pn cepat2 meneruskan sessi ini sebab mustabab hari semakin gelap dan kelak semakin sukar untuk aku bersessi fotografi di dalam gelap.
namun resultNYA semakin teruk bila sudah masuk pukul 7mlm.
dengan hati yang agak tenang dan menahan darah tinggi untuk naik aku memulakan tugasan rutin untuk sessi ini..
alhamdullilah, semua equipment aku cukup yang di bawa dari rumah.
kami bergambar didalam gelap
dan semakin pantas masa berlalu,bermula lah suatu agenda yang paling tidak di ingini iaitu para penganti semakin letih akibat suasan malam yang gelap dan baju pengantin mereka yang agak panas.si pengantin lelaki tidak mampu bertahan mata sebab banyak kali dihentam oleh flash-flash aku.titiba aduh,kameras sebijik lagi boleh jem pulak shutternya apabila kami di rumah2 komenwel.
lantas laju saje pengantin lelaki mengajak ku pulang.setelah dipujuk dan setting balik kamera kami berjaya menerus kan sessi fotografi pada waktu malam.kemudian kami bercadang untuk menyambung sessi ini pada hari weekend disebabkan aku terlihat sesuatu object ala2 hantu di atas pokok dan seluruh bulu dibadan aku meremang2 tak henti2..lalu aku pun snap pics objek itu untuk dikaji sewaktu pulang di rumah..bersambung...
No comments:
Post a Comment