Sunday, December 27, 2009

Rock the world 9 rugi je masuk bcoz satu hari asyik hujan jer..

masa aku ontheway ke rock the world 9 smlm, hari tengah mendung cuaca pun cantek jer ku kuar dari wedding zaimy hakim kat taman wira jaya tuh.tapi bila dah masuk highway mrr2 yang memang terkenal dgn jem tahap gaban tu woosshh..ujan turun sekelip mata saje.dalam ati tension je coz nak kejar Restrain main start kul 2ptg kat mainstage.dah la aku terlepas seven collar tshirt perform so hope taknak terlepas lagi.then aku pun trus drive dgn kelam kabutnyer bersama2 kawan2 terhebat..
belum sempat sampai ampang jer ujan turun dengan lebat nya,dah la aku lambat then jem kat MRR2 ampang tu tak dapat di elakkan..btul sangkaan aku bila sampai ke destinasi lagi beberapa minit je Restrain nak perform.so dengan laju nyer aku pack camera ke dalam camera beg deuter lembik aku ni trus kuar mencari mana pintu masuk.ketika itu ujan sudah takde tapi aku still nampak lagi yang stage dan carpark kat bukit jalil nie agak lembab dan basah teruk.
lalu aku teringat akan tiket2 yang diperlukan lalu terpandang mencari kaunter tiket berdekatan..memang cam 'tut' mengarut gile la time2 mcm tu nak gi beli tiket.gila ke hape?orang kat situ macam semut dalam gitar epifone faridzenon...
aku pun dapat masuk ke dalam events tu disebabkan kawan gue yang jaga entrance panggil..hahaha..bengkek jer ati mangkuk2 yang beli tiket hari tu..bila dah dekat main stage aku nampak berbagai-bagai orang giler yang berbagai bagai uniform dan style rambut yang berbeza yang kebanyakan nyer anak-anak melayu kita..ini lagi membuatkan aku nak shoot aksi moshing dorang membuat aku terpikir 8kali untuk berbuat sedemikian..mana taknya mampus pecah la eden punyo kamero..aku pun berjalan ke indiestage untuk melihat2 keadaan sekeliling yang aku rasa tak patut aku berada di situ sebab bonzer2 stage tgok aku pegang kamera dengan muka yang sangat ketat bangat..
setelah agak lama jugak aku berpusing2 sambil tgok band kugiran ditepi pantai perfom kat indiestage selepas restrain perfom kat mainstage..keaddan cuaca jadi mendung balik lantas terpikir pulak aku..'eh,ni mesti mamat vokal or suara2 budak2 kat sini sumbang sampai hari dah nak ujan balik.aku pun mencari ilham dan port untuk dikenalpasti utk menjadi port lepak or teduh ujan nanti..tapi memang takde la coz ramai orang sgt kot kat situ..then datang la idea merepek aku nak port kat kete jer lagi senang kalo ujan nanti ..boleh tdo trus..
line hp masa kat situ memang sucks giler pasal crowded nak mampus..jadi aku pun nak cari sentimental value utk snapshot rockthewolrd nie.tapi tak sampai 10 minit pun ujan rebas sudah kembali..kemudian di ikuti ujanlebat yang mana sebelum tu aku dah kuar dari konsert dan start berkeruh didalam kete bersama2 kengkawan hebat...bersambung>>

No comments:

Post a Comment